Saturday, 26 February 2011

MASJID AT-TOHIROH,KAMPUNG BUKIT KERAYONG

TAJUK:
SEJARAH PENUBUHAN DAN KEGIATAN MASJID AT-TOHIROH,KAMPUNG BUKIT KERAYONG.

DISEDIAKAN UNTUK:
USTAZ ABD AZIZ BIN HARJIN
PENSYARAH CTU151

DISEDIAKAN OLEH:
NORFAHANIM BINTI LAMAT
2010475182
ASD2En

PROGRAM:
DIPLOMA SAINS

TARIKH HANTAR:
26 FEBRUARI 2011


ISI KANDUNGAN
TAJUK
ISI KANDUNGAN
ABSTRAK
PENDAHULUAN
SEJARAH PENUBUHAN MASJID
CARTA ORGANISASI MASJID
BIRO – BIRO MASJID
HURAIAN
KEGIATAN YANG DIJALANKAN OLEH MASJID
MASALAH YANG TERDAPAT DI MASJID AT-TOHIROH
CADANGAN UNTUK MENGIMARAHKAN MASJID
PENUTUP
RUJUKAN


ASBTRAK

MASJID!!!Apakah itu???Adakah tempat rekreasi, bersuka ria, atau tempat tinggalan zaman?Tidak……Masjid itu adalah tempat kita bertemu dengan Allah.Maksudnya ialah ia adalah tempat kita beribadah selain menjadi tempat orang bermesyuarat untuk mencapai kata sepakat.Mesti kita semua tahu dimana-mana tempat di dunia ini mempunyai peraturannya sendiri.Dengan itu, masjid juga sama iaitu mempunyai peraturannya sendiri.Antara peraturannya ialah, wajib menutup aurat,menanggalkan kasut sebelum memasuki masjid,duduk dengan sopan,menjaga kebersihan diri dan persekitaran,tidak mengganggu jemaah yang sedang beribadah dan menyimpan barangan yang digunakan ke tempat asal semula.

Dalam Al-Quran Surah Al-Jin 18,Allah berfirman;

“Dan sesungguhnya masjid-masjid itu adalah kepunyaan Allah.Maka janganlah kamu menyembah seseorang pun di dalamnya disamping (menyembah)Allah.Semata-mata mengharap redha Allah,maka Allah akan memberinya rumah di syurga.”


PENDAHULUAN
“MASJID AT-TOHIROH, BUKIT KERAYONG”.

MASJID AT-TOHIROH.Dimanakah tempat itu??Ya…!!!Untuk pengetahuan semua ,masjid At-Tohiroh terletak di Kampung Bukit Kerayong iaitu sebuah kampung yang terdapat di Selangor Darul Ehsan.Hmm…mesti ramai yang tidak tahu dimana kampung itu.Kampung Bukit Kerayong terletak di daerah Kuala Selangor.Dan untuk lagi terperinci,ia terletak di antara Bukit Kapar dengan Jeram.Kalau tidak tahu juga,carilah di dalam peta.Hehehe…..

AT-TOHIROH.Cukup indah perkataan itu.Tenang sahaja apabila mendengarnya.Memang sesuailah penduduk kampung ini memberi nama masjid mereka At-Tohiroh.Maksud At-Tohiroh ialah bersih dan suci.Kita semua tahu masjid itu adalah tempat beribadah Masjid merupakan rumah Allah. Ia merupakan satu tempat yang suci. Seperti yang kita tahu masjid merupakan tempat beribadah bagi umat Islam. Ibadah bukan sahaja meliputi solat tetapi ia juga meliputi perkara-perkara sunat seperti Forum Dakwah,oleh itu masjid haruslah bersih dari segi persekitaran dan suci daripada gejala-gejala yang tidak sihat.

Sebenarnya nama masjid itu diberi sempena nama orang yang mewakafkan tanahnya untuk membina masjid.Nama beliau ialah Haji Tohir.Beliau seorang yang baik hati,suka menolong orang,tegas,pemurah dan tidak sombong.Oleh itu,penduduk Kampung Bukit Kerayong telah bersepakat untuk menggunakan nama beliau setelah masjid siap dibina.Dengan itu tersergam megah bangunan yang dipanggil masjid yang diberi nama ‘AT-TOHIROH’.






1949(mula-mula dibina)

1951(siap dibina)

(dinaik taraf)

1978(bina semula)

1981(struktur siap sepenuhnya)




SEJARAH PENUBUHAN MASJID

Masjid At-tohiroh mula dibina pada tahun 1949 dan siap dibina kira-kira dalam tiga tahun kemudian iaitu pada tahun 1951.Menurut ustaz yang saya temuramah,pembinaan masjid ini tiada peruntukkan dari badan kerajaan.Ianya 100% peruntukkan sendiri,maksudnya orang kampung perlu bekerjasama mengumpul dana,dengan meminta derma,pinjaman,tajaan dan sebagainya.

Oleh itu,seluruh penduduk kampung bergotong-royong membina masjid.Ini kerana,dalam proses pembinaan masjid ini tidak menggunakan tenaga orang asing.Untuk menjayakan pembinaan ini,penduduk kampung telah dibahagi-bahagi kumpulan.Ada kumpulan yang mengambil batu,mengumpul kayu,naikkan tiang,pasang atap dan sebagainya.Penduduk Kampung Bukit Kerayong mengamalkan sikap “bermuafakat membawa berkat” dan “berat sama dipikul,ringan sama dijinjing”.

Setelah seluruh penduduk disini bertungkus lumus akhirnya tersergam indah masjid yang mereka bina.Masjid At-tohiroh yang mereka bina boleh memuatkan 200 orang untuk menunaikan solat berjemaah.Menurut ustaz lagi,masjid yang dibina hampir keseluruhannya diperbuat daripada kayu hanya tapak sahaja yang bersimen.

KEMUDIAN………………

Pada tahun 1978,masjid At-tohiroh telah diubah suai untuk dinaikkan taraf.Struktur masjid yang dahulu telah dirobohkan.Ini kerana,struktur masjid yang dahulu kayu hendak ditukar dan membinanya dengan batu-bata.Proses pembinaan semula masjid mengambil masa hampir empat tahun untuk siap sepenuhnya,iaitu pada tahun 1981.
Masjid At-tohiroh dibina semula kerana mendapat peruntukkan daripada kerajaan untuk memperbesar kawasan masjid selain untuk menampung penduduk yang semakin bertambah.Dahulu,masjid mampu memuatkan 200 orang penduduk tetapi selepas pembinaan semula hampir 1000 orang boleh memuatkan rumah Allah(masjid).Seluruh penduduk bersyukur dan gembira dengan pembinaan masjid yang baru.

ALHAMDULILLAH…….:-)

Masjid ini turut menyediakan beberapa kemudahan untuk para jemaah di masjid ini. Antara kemudahannya adalah seperti yang berikut:

1. Bilik Air.
Bilik air di masjid ini terbahagi kepada dua iaitu bilik air untuk para jemaah lelaki dan juga jemaah wanita. Diluar bilik air tersebut, para jemaah boleh menggunakan terompah mahupun selipar yang disediakan oleh pihak masjid. Sabun basuh tangan dan juga tisu turut disediakan bagi memastikan kebersihan diri para jemaah.

2. Ruang Wuduk.
Ruang wuduk juga turut diasingkan antara jemaah lelaki dan juga wanita. Hal ini supaya aurat para jemaah dapat dipelihara. Di ruang wuduk ini juga disediakan satu kolah air yang besar. Hal ini sebagai langkah berjaga-jaga semasa ketiadaan air.

3. Bahan Bacaan.
Di masjid ini telah tersedia beberapa Al-Quran, Quran Tafsir, Kitab-kitab dan juga lain-lain buku ilmiah. Bahan bacaan ini disediakan untuk mengisi masa yang terluang oleh para jemaah sementara mahu menunggu waktu solat yang berikutnya masuk.

4. Berkaitan Kematian.
Masjid ini turut menyediakan van jenazah, ruang mandi jenazah dan juga pengusung jenazah.

5. Bilik-bilik Khas.
Di masjid ini terdapat beberapa bilik. Antaranya bilik-bilik imam dan bilik mesyuarat. Bilik-bilik imam ini adalah untuk memudahkan para imam menjalankan tugas mereka. Juga bagi memudahkan para jemaah untuk membuat sebarang rujukan berkaitan hal-hal agama. Bilik mesyuarat pula kebiasaannya digunakan untuk mengadakan sebarang majlis-majlis sama ada dianjurkan oleh pihak masjid mahupun disewakan kepada pihak luar.



CARTA ORGANISASI MASJID AT-TOHIROH

Untuk pengetahuan kalian,bukan sahaja pilihan raya melakukan pemilihan untuk memilih pemimpin tetapi masjid At-tohiroh juga menggunakan kaedah yang sama iaitu melalui pemilihan siapa yang menjadi nazir,imam,bilal,siak dan jawatan yang lain.Tetapi yang bezanya pilihan raya dilakukan 5 tahun sekali manakala masjid At-tohiroh melakukan pemilihan 3 tahun sekali.

NAzir ialah seseorang yang mengetuai pengurusan dan pentadbiran masjid.

Imam ialah seseorang yang akan mengetuai atau mengepalai setiap solat fardhu.Antara tugas imam ialah perlu berada di masjid 10 minit awal sebelum masuk waktu solat,menyelaraskan jadual giliran khatib dan imam,menjadi khatib ketika Solat Jumaat dan Solat 2 Hari Raya.Selain itu,mengetuai Solat Jenazah,mengetuai bacaan Doa/Tahlil di tempat-tempat keramaian seperti pengurusan Jenazah,kenduri, dan majlis keramaian lain,melaksanakan arahan yang telah diputuskan di dalam Mesyuarat Ajk Masjid dan Mais(Buku Enakmen Pengurusan Masjid),memaklumkan kepada imam lain sekiranya tidak dapat bertugas dan sentiasa beristiqomah dan ikhlas serta bertanggungjawab terhadap amanah yang telah dipikul.

Bilal ialah seseorang yang akan melaungkan azan pada setiap kali masuk waktu solat.Dengan itu, bilal perlu datang awal daripada Jemaah lain,memastikan jadual giliran bilal dilakukan dan bergilir ketika menjadi bilal pada hari Jumaat dan Solat 2 Hari Raya.Kemudian,menjadi bilal perlu menjadi pembimbing untuk mengetuai mandian dan pengurusan Jenazah,membantu siak sekiranya diperlukan,sentiasa memastikan Jemaah agar segera Solat dan memastikan Jemaah cukup terutamanya Solat Jumaat,memaklumkan kepada bilal lain sekiranya tidak dapat bertugas dan perlu sentiasa beristiqomah dan ikhlas serta bertanggungjawab terhadap amanah yang dipikul.

Siak.Mejadi seorang siak perlu memastikan masjid dan persekitarannya dalam keadaan bersih,memastikan peralatan masjid seperti lampu,tandas, dan bangunan masjid selamat digunakan,memastikan tempat solat bersih daripada tahi cicak,habuk, dan kekotoran lain,membuat pembersihan penuh di masjid setiap Hari Jumaat dan membersihkan pejabat dan bilik-bilik seperti stor 2 minggu sekali,melaporkan dan membaiki peralatan masjid yang rosak, memaklumkan kepada siak lain jika tidak dapat bertugas dan sentiasa beristiqomah dan ikhlas serta bertanggungjawab terhadap tugas yang dipikul





Nazir (Hj.Yunus Mary)

Timbalan nazir (En.Sapuan)

Imam 1 (Hj.Mohd Mansor)

Imam 2 (Hj.Sani)

Bilal (Hj.Ahmad)

Siak (Hj.Shamsi)

Setiausaha (Ustaz Yazid)

Bendahari (En.NorHaizam)

Ajk
-Hj.Mahadi
-En Shahrom Idris (Belia)
-Pn.Asni / Hjh.Masminton (wanita)



BIRO-BIRO MASJID AT-TOHIROH

1. Biro Pendidikan/Dakwah (Tn.Hj.Mohd Sani/Tn.Hj.Saien)
2. Biro NAhi Mungkar/Keselamatan (Tn.Hj.Kosni/Ustaz Mat Manan)
3. Biro Kebajikan (Tn.Hj.Kamin/Tn.Hj.Ahmad)
4. Biro Pembangunan/Tanah Perkuburan (Tn.Hj.Dalail/Ustaz Mansor)
5. Biro Kebersihan/Keceriaan (Tn.Hj.Mahadi/Tn.Hj.Shamsi/Tn.Hj.Azman)
6. Biro Penerangan (En.Zainal Selamat/En.Mohd Azyzi Hj.Fahir)
7. Biro Hal Ehwal Belia (En Azhari Hj.Saien/En.Mohd Othman Roslan)
8. Biro Hal Ehwal Wanita (Hjh.Masminton Hj.Bakri)



HURAIAN

Masjid digunakan sebagai tempat untuk orang-orang Islam beribadah,terutamanya untuk mendirikan Solat fardhu 5 waktu dan Solat Jumaat.Selain menjadi pusat kegiatan agama Islam dan penyebaran Islam serta menjadi pusat sumber maklumat penduduk dan maklumat tentang MAIS dan maklumat lain.

Selain itu,kita harus ingat bahawa masjid bukan tempat atau gelanggang politik yang boleh menyakiti dan memecahbelahkan perpaduan ummah.Kemudian,masjid tidak boleh dijadikan sebagai tempat penginapan,menjadi rumah tumpangan atau hotel.
Selain daripada itu,penceramah yang memberi ceramah di masjid hendaklah mempunyai tauliah dan mana-mana orang yang mengajar tentang agama atau perkara-perkara tentang Agama Islam tanpa tauliah yang diberikan adalah suatu kesalahan dan apabila disabitkan,ia boleh didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.


KEGIATAN YANG DILAKUKAN&DIJALANKAN OLEH MASJID AT-TOHIROH

Antara kegiatan yang dilakukan dan dijalankan oleh masjid di tempat saya ialah:

a) Forum Dakwah / Ceramah
Forum atau ceramah yang dilakukan atau dijalankan adalah berkaitan tentang cara kita sebagai umat Islam menyampaikan dakwah kepada orang Islam atau orang bukan Islam. Tujuan kegiatan ini dijalankan adalah untuk mendidik anak kampung agar menggunakan cara yang betul untuk menyebarkan dakwah kepada orang Islam atau orang bukan Islam. Islam turut mengajar kita untuk menghormati agama dan kepercayaan orang bukan Islam.

b) Solat Hajat.
Masjid At-Tohiroh turut menjalankan aktiviti Solat Hajat Perdana dalam sebulan 2 kali.Antara tujuannya adalah untuk kita memohon petunjuk daripada Allah serta bersyukur dengan kenikmatan yang diberi oleh-Nya serta kepada anak kampung yang bakal menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) dan juga Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Bersesuaian dengan kehendak Islam, kita sebagai hamba-Nya digalakkan untuk meminta pertolongan daripada Allah setelah kita berusaha dengan bersungguh-sungguh. Ia juga mendidik agar anak kampung menjadi hamba Allah yang ikhlas dan tawadhuk serta istiqomah dalam melakukan ibadah.

Firman Allah yang bererti :
Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Melihat (Surah al Haj : 61)

“Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka
(jawablah), “Aku itu dekat”. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdo’a
apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka memenuhi (segala
perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu
berada dalam kebenaran.” (QS. Al Baqarah [2] : 186)

c) Bulan Ramadhan.
Sepanjang bulan ramadhan ini beberapa aktiviti telah dilaksanakan. Antaranya adalah seperti:

i. Solat Tarawih, Majlis Tadarus dan Khatam Al-Quran.
Memberi peluang dan galakan kepada anak kampung supaya mengisi waktu yang terluang di dalam bulan Ramadhan dengan ibadah-ibadah sunat seperti solat tarawih dan bertadarus .

Aishah r.a. meriwayatkan: “Rasulullah s.a.w. solat (Tarawih) empat rakaat pada waktu malam, setelah itu beristirehat. Baginda duduk lama sehingga saya kasihan melihatnya. Saya berkata kepadanya: “Demi Allah wahai Rasulullah! Dosa-dosamu telah diampuni Allah, sama ada dosa yang terdahulu dan yang terkemudian; maka untuk apakah tuan bersusah payah solat seperti ini?”

Baginda menjawab: “Bukankah lebih baik kalau aku menjadi hamba yang bersyukur?”

ii. Majlis Berbuka Puasa.
Majlis berbuka puasa ini dijalankan adalah untuk mengajar mereka untuk bersederhana dalam pemakanan dan memperingati nasib fakir miskin yang tidak berkemampuan serta bersama-sama menjamukan makanan kepada fakir miskin tersebut.Selain dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim serta mengukuhkan perpaduan antara penduduk.

Ini sejajar dengan firman Allah S.W.T dalam surah Al-Insan, ayat 8:
Maksudnya: “Mereka menjamu makanan (untuk) orang miskin, anak yatim dan orang tawanan dengan penuh sukarela.”

iii. Gotong-royong Penyediaan dan Edaran Bubur Lambuk.
Gotong-royong ini mampu memupuk sifat bekerjasama dan bertoleransi antara satu sama lain. Bubur Lambuk yang disediakan juga adalah untuk memberi sedekah kepada penduduk di kampung saya. Secara tidak langsung, aktiviti ini dapat mendidik anak kampung untuk memberi sedekah walau dalam bentuk apa sekalipun.
Dan juga menyediakan bubur lambuk tersebut dengan hati yang ikhlas. Seperti dalil:

“Barang siapa menjalankan ibadah Puasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan (berpuasa karena Allah semata), maka Allah akan mengampuni dosa-dosa (yang dilakukan) hamba-Nya di masa lalu (Hadits).

Ini janji Allah, dan Allah SWT tidak akan sesekali mengingkari janji-Nya.

d) Kursus-kursus Khas.
Antara kursus-kursus khas yang dilakukan oleh masjid di kariah saya adalah seperti berikut:

i. Kursus Pengurusan Jenazah.
Kursus ini biasanya ditujukan kepada golongan muda dan para pelajar,tetapi golongan orang tua juga boleh mengikutinya. Tujuannya adalah untuk memberi pengetahuan dan pendedahan awal kepada golongan yang mengikuti kursus ini..


ii. Kursus Haji dan Umrah.
Kursus ini diadakan adalah untuk memberi panduan awal bagi para Jemaah sebelum menunaikan haji dan umrah.

e) Akad nikah.
Masjid At-Tohiroh juga dijadikan tempat orang berakad nikah.Kebiasaannya selepas majlis akad nikah yang dilangsungkan di masjid ini akan disediakan kenduri kecil-kecilan. Hal ini adalah sebagai tanda kesyukuran kerana telah selamat dinikahkan.


MASALAH YANG TERDAPAT DI MASJID AT-TOHIROH

Masalah yang sering dihadapi di masjid ini adalah kerosakan dan kebersihan. Antara kerosakan yang sering dihadapi adalah seperti lampu didalam masjid terbakar, kipas angin tidak dapat berfungsi,mikrofon tidak boleh digunakan,dan paip-paip di bilik air yang sering bocor.Maka, langkah seperti mengupah pihak yang berkenaan bagi membaik pulih kerosakan-kerosakan yang berlaku telah diambil.

Selain daripada itu,kawasan tempat sembahyang juga sering menghadapi masalah. Permasalahannya ialah kotor dan tahi cicak banyak bertaburan.Oleh itu,biro kebersihan telah membuat jadual bertugas untuk membersihkan kawasan masjid.


CADANGAN UNTUK MENGIMARAHKAN LAGI MASJID

Menurut pandangan dan cadangan ustaz yang saya temuramah,beliau menyarankan agar menyediakan banyak lagi aktiviti yang boleh menarik minat golongan muda hadir ke masjid. Antara cadangan beliau ialah mengadakan”Program Imam Muda”.Program Imam muda ini adalah untuk melatih anak-anak kampung untuk menjadi pendakwah yang seterusnya di mana yang bakal menggantikan imam-imam yang sedia ada. Program ini juga dianjurkan adalah untuk memberi pendedahan kepada remaja tentang tanggungjawab mereka sebagai khalifah di muka bumi ini.Selain daripda itu,mengadakan pertandingan tadarus Al-Quran,hafazan,melaungkan azan dan sebagainya.


PENUTUP

Secara keseluruhannya, kegiatan-kegiatan yang dijalankan memberi banyak faedah kepada anak-anak kampung. Kegiatan-kegiatan yang dijalankan bukan sahaja memberi pendidikan duniawi malahan akhirat juga. Ia mengajar anak –anak Kampung Bukit Kerayong untuk menjadi insan yang berdisplin, bertanggungjawab dan bermurah hati.

Kita dapat lihat sekiranya anak kampung ini ikhlas dalam menghadirkan diri di dalam setiap kegiatan yang dijalankan dengan cara anak-anak kampung ini mempraktikkan ajaran yang diajarkan dalam kehidupan seharian mereka. Selain itu, ikhlas menghulurkan bantuan mahupun sumbangan tanpa di minta terlebih dahulu.

Akhir kata, setiap kegiatan yang dijalankan mempunyai kepentingannya tersendiri. Kegiatan-kegiatan tersebut juga memberi manfaat dan impak yang baik untuk anak-anak kampung sama ada untuk duniawi mahupun akhirat kelak. Ia bukan sahaja menumpukan pada hal-hal yang berkaitan dengan akhirat malahan dunia juga agar kita tidak terpesong ke jalan yang tidak diredhai Allah.


RUJUKAN

Nama : Ustaz Nyisak
Umur : 56 tahun
Tempat Tinggal : Kampung Bukit Keryong,Selangor Darul Ehsan
Pekerjaan: Bekas Guru Besar Sekolah Agama Rendah

Nama : Lamat bin Mat Yunos
Umur : 49 tahun
Tempat Tinggal : Kampung Bukit Kerayong
Pekerjaan : Kerja Sendiri